Perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia. 97.4% perusahaan di negara ini adalah PMKS yang menyumbang kepada 38% Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)1. PMKS memacu inovasi, mengekalkan warisan budaya, dan memupuk kemakmuran tempatan melalui penciptaan pekerjaan dan penglibatan komuniti. Namun, PMKS, terutamanya perniagaan di luar pusat bandar, perlu menempuhi pelbagai cabaran dalam perjalanan perniagaan mereka seperti persaingan yang semakin meningkat dan kekangan sumber untuk mencapai pertumbuhan mampan. Pendigitalan menawarkan penyelesaian efektif dalam menangani cabaran ini. E-dagang, ciri penting pendigitalan menawarkan platform kukuh buat PMKS untuk mengatasi halangan ini. Ia boleh membantu perniagaan mengurangkan kos operasi, melangkaui batasan geografi, dan membuka pangkalan pelanggan baharu. Tambahan lagi, platform e-dagang sering menawarkan alat dan ciri perniagaan yang boleh meningkatkan penglibatan pelanggan dan memupuk kesetiaan