Kajian Terkini Shopee Menunjukkan Rakyat Malaysia Gabung Tradisi dan Inovasi Digital pada Tahun Baru Cina 2025
Kajian terkini Shopee mengenai trend pengguna dalam meraikan perayaan Tahun Baru Cina (CNY) menunjukkan peralihan ketara dalam cara rakyat Malaysia membeli barangan keperluan perayaan, yang mengukuhkan lagi perubahan tingkah laku pengguna daripada membeli-belah secara tradisional kepada platform dalam talian. Barangan yang dahulunya dibeli secara fizikal kini semakin banyak diperoleh secara dalam talian, selaras dengan penerimaan e-dagang yang kian meningkat kerana kemudahan, harga kompetitif, dan pengalaman membeli-belah interaktif yang ditawarkan. Pembelian menerusi saluran strim langsung yang semakin popular di mana pembeli boleh berinteraksi secara langsung dengan penjual dan mendapatkan cadangan produk yang diperibadikan menunjukkan bagaimana inovasi digital membentuk semula tabiat pembelian musim CNY sambil memelihara tradisi. Shopee Live kekal sebagai platform pilihan bagi pengguna yang mencari pengalaman membeli-belah yang lebih menarik dan interaktif. Tahun ini, 116% lagi pemb...