Skip to main content

Kajian Terkini Shopee Menunjukkan Rakyat Malaysia Gabung Tradisi dan Inovasi Digital pada Tahun Baru Cina 2025


Kajian terkini Shopee mengenai trend pengguna dalam meraikan perayaan Tahun Baru Cina (CNY) menunjukkan peralihan ketara dalam cara rakyat Malaysia membeli barangan keperluan perayaan, yang mengukuhkan lagi perubahan tingkah laku pengguna daripada membeli-belah secara tradisional kepada platform dalam talian. Barangan yang dahulunya dibeli secara fizikal kini semakin banyak diperoleh secara dalam talian, selaras dengan penerimaan e-dagang yang kian meningkat kerana kemudahan, harga kompetitif, dan pengalaman membeli-belah interaktif yang ditawarkan. Pembelian menerusi saluran strim langsung yang semakin popular di mana pembeli boleh berinteraksi secara langsung dengan penjual dan mendapatkan cadangan produk yang diperibadikan menunjukkan bagaimana inovasi digital membentuk semula tabiat pembelian musim CNY sambil memelihara tradisi.

Shopee Live kekal sebagai platform pilihan bagi pengguna yang mencari pengalaman membeli-belah yang lebih menarik dan interaktif. Tahun ini, 116% lagi pembeli tempatan pilih untuk berinteraksi dengan penjual dan meneroka produk menerusi strim berbanding tahun lalu. Lonjakan ini membuktikan bahawa perdagangan secara langsung telah menjadi saluran utama dalam penemuan produk berkaitan pembelian keperluan perayaan CNY.

Seiring dengan pertumbuhan pembelian melalui penstriman langsung, Shopee Affiliate turut memanfaatkan peluang ini dengan melancarkan sesi strim langsung mereka sendiri. Sepanjang kempen CNY, jumlah strim langsung oleh ahli affiliate melonjak lebih 160%, membawa kepada peningkatan sebanyak 240% dalam jumlah pesanan bagi perniagaan tempatan yang menjual barangan CNY. Dengan mengacarakan strim langsung, ahli affiliate dapat membina kepercayaan dengan pengikut mereka melalui cadangan produk secara langsung, tawaran eksklusif, dan pengalaman membeli-belah interaktif yang membantu pembeli membuat keputusan dengan lebih yakin.

Bell Hee Pek Wan, ahli Shopee Affiliate yang cemerlang dan pemenang Shopee Superstar Awards “Most Loved Streamer” 2024, telah berjaya membantu penjual mencapai peningkatan hasil jualan sebanyak 85% bagi setiap jualan sepanjang kempen CNY menerusi penstriman langsungnya yang menarik. “Strim langsung membolehkan saya menghubungkan pembeli dengan produk yang sesuai sambil menunjukkan kualiti dan nilainya secara langsung. Saya memaparkan pelbagai keperluan CNY—daripada kategori produk rumah & gaya hidup seperti perhiasan perayaan, set makan, dan penyelesaian storan, hinggalah ke produk kecantikan yang sedang dalam trend. Saya juga membimbing pembeli untuk berjimat melalui Shopee Coins dan baucar. Pengalaman interaktif ini bukan sahaja membina kepercayaan tetapi juga meningkatkan jualan, memanfaatkan kedua-dua pembeli dan penjual," katanya.


Dengan kemudahan membeli-belah secara digital, rakyat Malaysia dapat terus mengekalkan tradisi budaya mereka sambil menikmati kemudahan e-dagang. Semakin ramai pembeli mendapatkan keperluan CNY mereka di Shopee, menunjukkan permintaan tinggi untuk barangan perayaan secara dalam talian.

Kuih-muih dan makanan perayaan mencatatkan permintaan tertinggi, dengan carian kata kunci biskut, snek, hamper, dan minuman melonjak lebih 3,000%, menunjukkan peningkatan trend mendapatkan juadah perayaan secara dalam talian.

Hiasan rumah menjadi tumpuan utama, dengan carian kata kunci "CNY decor" dan "tanglung merah" meningkat lebih 1,700%, menunjukkan kecenderungan rakyat Malaysia membeli-belah dalam talian untuk menceriakan kediaman mereka menjelang perayaan.

Fesyen dan kecantikan turut menjadi keutamaan, dengan carian untuk pakaian berwarna merah, cheongsam, dan busana tradisional melonjak sebanyak 1,600%, manakala produk kecantikan seperti gincu merah, pembayang mata, dan pengilat kuku meningkat 1,900%, menandakan kepercayaan pengguna terhadap platform dalam talian untuk memenuhi keperluan penampilan perayaan mereka.

Pembeli juga memanfaatkan tawaran terbaik Shopee, dengan hampir 2 juta barangan dibeli di bawah program "Dijamin Harga Terendah" dan lebih 620 juta baucar Shopee Live ditebus, menjimatkan lebih RM52 juta untuk keperluan sambutan perayaan. Dengan persiapan CNY yang semakin rancak, kemudahan menjadi keutamaan. Lebih 2 juta pesanan self-collection membolehkan pesanan diambil sendiri secara lancar dimanfaatkan, manakala lebih 20 juta baucar Penghantaran Percuma ditebus memastikan penghantaran yang cepat dan lancar, membolehkan pelanggan fokus untuk meraikan detik istimewa bersama keluarga.

Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia berkata, "Semakin ramai rakyat Malaysia menggunakan e-dagang bukan sahaja kerana kemudahan yang ditawarkan tetapi juga kerana pengalaman interaktif seperti strim langsung yang meningkatkan penglibatan serta membantu mereka membuat keputusan pembelian dengan lebih bijak. Perubahan ini menunjukkan bagaimana e-dagang mengubah tabiat membeli-belah, membuktikan bahawa walaupun barangan yang dahulunya dibeli secara fizikal, kini lebih mudah didapati secara dalam talian. Ini membolehkan pengguna meraikan tradisi dengan cara baharu sambil menikmati penyelesaian runcit moden. Shopee terus komited untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang lancar dan bermanfaat buat pengguna dan penjual.”

Comments

Popular posts from this blog

Shopee Memperkasa Lebih 100,000 Usahawan Tempatan Baharu pada Tahun 2024

Kajian ‘Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024’ oleh Shopee mendedahkan pencapaian penting dalam landskap e-dagang Malaysia: lebih 100,000 usahawan telah menyertai ekosistem Shopee pada tahun 2024 . Peningkatan ketara ini menunjukkan penerimaan yang semakin meningkat terhadap e-dagang sebagai model perniagaan yang penting dan mampan dalam pasaran digital yang semakin pesat. “Peningkatan penyertaan ke platform kami pada tahun ini menunjukkan usahawan tempatan semakin terbuka dengan peluang digital. Shopee kekal komited untuk menyediakan perniagaan tempatan dengan sumber penting termasuk program Penyelesaian Pemasaran Affiliate , perkhidmatan logistik pihak ketiga, dan Shopee Live untuk berkembang maju dalam landskap e-dagang yang kompetitif. Kami berbangga memainkan peranan dalam perjalanan perniagaan tempatan untuk meluaskan jangkauan, mengoptimumkan operasi, dan mencapai pertumbuhan dalam ekonomi yang sentiasa berubah ini,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Sho...

Domino’s Pizza - Accepting Payments Nationwide Via ShopeePay

The latest partnership between Domino’s Pizza and ShopeePay brings great news for all lovers of the popular pizza brand. Users can now add ShopeePay to their payment option when checking out at all Domino’s outlets nationwide or when making purchases online. Payments via ShopeePay can be made using the e-wallet option on the mobile phone app as well as using ShopeePay vouchers. To celebrate the occasion, ShopeePay and Domino’s Pizza are offering exclusive online and offline store promotions. From now until 12 June, pizza fans can purchase a personal sized Domino’s pizza for RM5 in-store using ShopeePay as a payment method. For every personal pizza purchase, users are also entitled to a RM1 cashback from ShopeePay. Additionally, users ordering using Domino’s website are also in for a treat; buy a Large Domino’s Pizza for only RM20.90. To be eligible for the special price, users will need to purchase the 1 Sen voucher from ShopeePay on the app and redeem the code at checkout on Domino’s...

ShopeeFood - 5 Reasons To Get Your Japanese Food

5 Reasons To Get Your Japanese Food Fix From ShopeeFood This Weekend: It’s Japanese Week on ShopeeFood With Up To 50% Discounts Until 31 March, you can satisfy all of your Japanese food cravings from a variety of merchants in Klang Valley and Johor Bahru without worrying too much about emptying your wallet. Why? Simply because ShopeeFood is offering an amazing SUPER DEALS voucher to help you enjoy up to 50% OFF from 3pm - 5pm with FREE DELIVERIES. Stack your vouchers for EVEN MORE DEALS! Use the Super Deals RM12.50 off with minimum spend of RM25 and RM7.50 off with minimum spend of RM15 vouchers and stack it with a free delivery voucher when you order your favourite dishes with ShopeeFood to get more discounts. Be A Smart Shopper - Get The 10 Sen Savings Pass For Klang Valley bargain hunters, this is definitely a deal you don’t want to miss. With every Savings Pass, users are able to get 25x Food Discount vouchers and 25x Free deliveries that can be used when ordering with ShopeeFood. ...