Skip to main content

Shopee Lancar Kempen Baru Seluruh Negara



Buku berjudul ‘Shopee Rai Lokal - Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ menyeru rakyat Malaysia membeli dari penjual e-dagang tempatan bagi memelihara warisan negara, memupuk bakat tempatan serta memacu ekonomi secara mampan dan berketerangkuman.

Buku ini adalah yang pertama seumpamanya diterbitkan di Malaysia dan orang awam boleh membacanya mulai 31 Ogos lalu. Shopee berazam memperkasakan rakyat untuk mengutamakan dan membeli produk buatan tempatan dari komuniti yang memerlukan. Bagi meneruskan misinya membantu golongan memerlukan dengan teknologi, Shopee memperkasakan penjual tempatan dengan mengenalpasti dan mengetengahkan perniagaan mereka untuk akses lebih baik kepada penyelesaian pemasaran dan kempen hiperlokal.

Pada masa sama, Shopee turut menguruskan penjual untuk berjaya di platform berkenaan, membantu meningkatkan kemahiran menerusi kursus percuma di Shopee University serta memberi insentif untuk mencari lebih banyak peluang dalam dagang strim langsung.

Buku sebanyak 100 muka surat dan berwarna penuh ini boleh dimuat turun dari laman web Shopee Malaysia PR Newsroom dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Buku berkenaan adalah bahagian pertama kandungan siri episod yang memberi peluang kepada penjual tempatan untuk bersuara bagi berdepan halangan dalam talian. Ia mengetengahkan penjual Shopee di setiap negeri dengan prestasi cemerlang dari segi populariti, kedai terbesar, produk hijau, pengeksport, strim langsung, dan juga perniagaan milik wanita. Selain itu, buku ini juga mengandungi kisah dan testimonial penjual yang menggunakan kejayaan mereka untuk membantu komuniti setempat.

Shopee menggunakan kempen Shopee Rai Lokal dan kisah penjual bagi meningkatkan kesedaran berhubung cara membeli dari penjual kecil-kecilan dan bebas di kawasan kejiranan untuk memelihara industri tempatan, mengurangkan jejak karbon, meningkatkan tawaran berkepribadian serta memberi galakan kepada usahawan dan pelopor tempatan. Buku ini juga sebagai panduan kepada pengguna untuk melindungi diri kerana menyelitkan ‘tips’ membeli-belah secara selamat, penerangan tentang Shopee Guarantee, mengenalpasti penjual bertanggungjawab dan Polisi Keaslian 100%.

Kisah penjual mengejar impian mereka dalam talian dan menonjolkan kemampuan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat membina komuniti. Antara penjual tersebut adalah:

Pengasas Pasar Kedah, Zeeda Aziz yang terpaksa membuang satu kakinya enggan menjadikan kekurangan itu sebagai halangan untuk mengembangkan perniagaan ikan bilis di dalam talian.

Pemilik HomeDecoStore, Edward Wong sentiasa menjadikan maklum balas pelanggan sebagai rujukan untuk mereka sejadah yang bersesuaian dengan citarasa pembeli tempatan.

Pengasas Mr Bentong, Hafiz Oon berjaya mempopularkan jus halia jualannya sehingga mengambil halia dari lebih 10 kebun di Pahang untuk memenuhi permintaan.




“Perniagaan diusahakan rakyat Malaysia berhampiran anda adalah nadi ekonomi tempatan dan tulang belakang komuniti kita. Apabila anda membeli dari kedai tempatan dalam talian, anda menyokong produk buatan Malaysia dari komuniti yang memerlukan. Kami gembira terhadap sokongan kuat diberikan kepada penjual tempatan menerusi perniagaan dalam talian mereka. Kami berkomited untuk terus bekerjasama dan menyokong perjalanan e-dagang mereka,” kata Kenneth Soh, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia.

Shopee menyasarkan untuk mengedarkan 15,000 salinan buku ini secara percuma kepada pengguna di setiap negeri menggunakan perkhidmatan SPX menjelang sambutan Hari Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Shopee Memperkasa Lebih 100,000 Usahawan Tempatan Baharu pada Tahun 2024

Kajian ‘Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024’ oleh Shopee mendedahkan pencapaian penting dalam landskap e-dagang Malaysia: lebih 100,000 usahawan telah menyertai ekosistem Shopee pada tahun 2024 . Peningkatan ketara ini menunjukkan penerimaan yang semakin meningkat terhadap e-dagang sebagai model perniagaan yang penting dan mampan dalam pasaran digital yang semakin pesat. “Peningkatan penyertaan ke platform kami pada tahun ini menunjukkan usahawan tempatan semakin terbuka dengan peluang digital. Shopee kekal komited untuk menyediakan perniagaan tempatan dengan sumber penting termasuk program Penyelesaian Pemasaran Affiliate , perkhidmatan logistik pihak ketiga, dan Shopee Live untuk berkembang maju dalam landskap e-dagang yang kompetitif. Kami berbangga memainkan peranan dalam perjalanan perniagaan tempatan untuk meluaskan jangkauan, mengoptimumkan operasi, dan mencapai pertumbuhan dalam ekonomi yang sentiasa berubah ini,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Sho...

Domino’s Pizza - Accepting Payments Nationwide Via ShopeePay

The latest partnership between Domino’s Pizza and ShopeePay brings great news for all lovers of the popular pizza brand. Users can now add ShopeePay to their payment option when checking out at all Domino’s outlets nationwide or when making purchases online. Payments via ShopeePay can be made using the e-wallet option on the mobile phone app as well as using ShopeePay vouchers. To celebrate the occasion, ShopeePay and Domino’s Pizza are offering exclusive online and offline store promotions. From now until 12 June, pizza fans can purchase a personal sized Domino’s pizza for RM5 in-store using ShopeePay as a payment method. For every personal pizza purchase, users are also entitled to a RM1 cashback from ShopeePay. Additionally, users ordering using Domino’s website are also in for a treat; buy a Large Domino’s Pizza for only RM20.90. To be eligible for the special price, users will need to purchase the 1 Sen voucher from ShopeePay on the app and redeem the code at checkout on Domino’s...

Shopee & Sasbadi : Commits Up to RM50 Million for Malaysian Students.

  Shopee, the leading e-commerce platform in Southeast Asia & Taiwan, has officially partnered with Sasbadi, Malaysia’s leading publication house and education solutions provider, to empower students in achieving their educational goals. The partnership was launched to make high-quality learning and revision materials more accessible to the Malaysian student community, giving them access to the right tools to succeed in their studies.