Skip to main content

Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi : RM12 Juta Baucar Shopee Live Harian

Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi

Bersiap sedia untuk kemuncak pesta membeli-belah tahun ini! Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi bermula dari 26 November sehingga 13 Disember 2024, dengan promosi yang lebih besar dan hebat. Sambutan tahun ini menjanjikan pelbagai tawaran menarik, harga luar biasa, dan ganjaran eksklusif menjadikan pengalaman membeli-belah pasti menyeronokkan.

Nikmati 90% Diskaun Dijamin Harga Terendah untuk jenama terkemuka seperti Beauty of Joseon, Case Valker, naelofar, PerySmith, Tefal, Vinda, Y.O.U., dan Zoe Arissa. Sama ada anda mencari fesyen terkini, produk kecantikan, ataupun barangan keperluan rumah, semuanya ada pada harga yang tiada tandingan. Jangan risau—jika anda menemui produk dengan harga lebih rendah di platform lain, Shopee akan memulangkan 3 kali ganda perbezaan harga dalam bentuk Syiling Shopee. Berbelanja tanpa ragu dan yakin bersama Shopee!

Nikmati Baucar Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum setiap hari pada jam 12 tengah malam sepanjang tempoh Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi. Ini adalah cara terbaik untuk berjimat dan membeli-belah tanpa kesal.

Kempen 12.12 kali ini juga menawarkan RM12 Juta Baucar Shopee Live Harian! Rebut peluang untuk menebus baucar diskaun 95% Shopee Live, Diskaun RM30 Baucar 12.12, baucar 15% Pulangan Tunai , dan baucar Penghantaran Percuma sepanjang kempen. Pelanggan juga boleh menebus Baucar Platform dan Baucar 12.12 secara serentak ketika checkout untuk mendapatkan harga yang lebih rendah. Saksikan jenama kegemaran anda dan nikmati penjimatan maksima sekarang!

Rebut tawaran RM12 Knockout Deals di mana anda boleh mendapatkan produk pada harga RM12 dan RM112. Keseronokan ini bermula pada jam 8 malam 11 Disember dan diteruskan pada jam 12 tengah malam, 12 Disember. Bukan itu sahaja, sesi tambahan juga akan dilangsungkan pada jam 12 tengah hari, 2 petang, dan 8 malam pada 12 Disember, di mana setiap sesi menawarkan item istimewa. Tambah ke troli dari 5 hingga 11 Disember dan berpeluang mendapatkan item berjenama seperti Nintendo Switch OLED, Kerusi Urut Ogawa Retreax Ionic Contemporary, POP MART Labubu The Monsters, Samsung 65" Crystal UHD 4K Smart TV, dan banyak lagi!

Menangi sehingga RM12,000 Setiap Hari dengan Shopee Live 12.12 Kotak Hari Jadi! - sebuah rancangan permainan hasil kerjasama dengan Maybank. Sertai keseronokan setiap hari pada jam 8 malam dari 1 hingga 12 Disember. Dihoskan oleh Kak Lina Pom Pom dengan gelagat lucunya bersama tetamu selebriti istimewa (nantikan pengumuman!).

Cara Penyertaan: Tonton saluran rasmi Shopee - Shopee Mamak rasmi, catat ‘kata kunci hari ini,’ dan hantar bersama nama pengguna anda ke nombor WhatsApp Shopee Live yang tertera semasa sesi strim langsung. Seorang penonton bertuah akan dipilih secara rawak dan berpeluang untuk memenangi hadiah utama!

Bukan itu sahaja! Anda juga berpeluang memenangi Touch ‘n Go 1 Tahun Bebas Tol + Tag RFID bernilai sehingga RM75,000, Habib Gold Coins bernilai sehingga RM3,400, dan banyak lagi! Jangan lepaskan peluang untuk menyertai sambutan yang penuh dengan keseronokan, kejutan, dan ganjaran eksklusif bersama kempen Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi!

Bahagikan pembelian 12.12 anda kepada ansuran 3 bulan dengan yuran 0% apabila anda menggunakan SPayLater. Jangan lupa untuk menebus dan membuat pembayaran menggunakan baucar SPayLater yang menawarkan diskaun sehingga RM30 agar pelan ansuran 6 bulan dan 12 bulan anda lebih jimat! Pengguna baharu juga boleh menikmati baucar RM15 dengan hanya mengaktifkan SPayLater hari ini!

Jimat sehingga RM120 di kedai fizikal dengan baucar 1 sen BAHARU SPayLater pada 12.12! Beli baucar jenama kegemaran anda dengan harga 1 sen dan nikmati penjimatan sehingga RM120 di kedai fizikal termasuk BHPetrol, Health Lane Family Pharmacy, Senheng, dan banyak lagi apabila anda menggunakan SPayLater.

Jadi, tandakan kalendar anda, tetapkan peringatan, dan bersedia untuk pengalaman membeli-belah yang luar biasa. Untuk maklumat lanjut, layari https://shopee.com.my/m/12-12.

Comments

Popular posts from this blog

Shopee 4.4 Rewards Sale

Whether you’re topping up on everyday essentials, upgrading your gadgets, or simply enjoying a good deal, the 4.4 Shopee Rewards Sale is your chance to shop smarter and get more in return. From now till 9 April, everyday purchases become more meaningful—with exclusive savings, exciting perks, and peace of mind with every checkout. This 4.4, it’s not just about what you buy—it’s about the extra value along the way: better deals, exclusive rewards, and little wins that add up over time! Shop & Earn 4x Faster with Shopee Rewards Shopee Rewards is our way of making your shopping experience a little more rewarding. The more you shop, the more perks you unlock— based on your tier— Everyone starts at Classic, and you can level up to Silver, Gold, or even Platinum! This 4.4 Shopee Rewards Sale, tier up 4x faster just by shopping like usual—you’re only a few checkouts away from unlocking Shopee Rewards perks, including up to RM2,000 worth of vouchers, exclusive RM1 & RM4 Wow Deals, prem...

Kajian Terkini Shopee Menunjukkan Rakyat Malaysia Gabung Tradisi dan Inovasi Digital pada Tahun Baru Cina 2025

Kajian terkini Shopee mengenai trend pengguna dalam meraikan perayaan Tahun Baru Cina (CNY) menunjukkan peralihan ketara dalam cara rakyat Malaysia membeli barangan keperluan perayaan, yang mengukuhkan lagi perubahan tingkah laku pengguna daripada membeli-belah secara tradisional kepada platform dalam talian. Barangan yang dahulunya dibeli secara fizikal kini semakin banyak diperoleh secara dalam talian, selaras dengan penerimaan e-dagang yang kian meningkat kerana kemudahan, harga kompetitif, dan pengalaman membeli-belah interaktif yang ditawarkan. Pembelian menerusi saluran strim langsung yang semakin popular di mana pembeli boleh berinteraksi secara langsung dengan penjual dan mendapatkan cadangan produk yang diperibadikan menunjukkan bagaimana inovasi digital membentuk semula tabiat pembelian musim CNY sambil memelihara tradisi. Shopee Live kekal sebagai platform pilihan bagi pengguna yang mencari pengalaman membeli-belah yang lebih menarik dan interaktif. Tahun ini, 116% lagi pemb...

Shopee Memperkasa Lebih 100,000 Usahawan Tempatan Baharu pada Tahun 2024

Kajian ‘Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024’ oleh Shopee mendedahkan pencapaian penting dalam landskap e-dagang Malaysia: lebih 100,000 usahawan telah menyertai ekosistem Shopee pada tahun 2024 . Peningkatan ketara ini menunjukkan penerimaan yang semakin meningkat terhadap e-dagang sebagai model perniagaan yang penting dan mampan dalam pasaran digital yang semakin pesat. “Peningkatan penyertaan ke platform kami pada tahun ini menunjukkan usahawan tempatan semakin terbuka dengan peluang digital. Shopee kekal komited untuk menyediakan perniagaan tempatan dengan sumber penting termasuk program Penyelesaian Pemasaran Affiliate , perkhidmatan logistik pihak ketiga, dan Shopee Live untuk berkembang maju dalam landskap e-dagang yang kompetitif. Kami berbangga memainkan peranan dalam perjalanan perniagaan tempatan untuk meluaskan jangkauan, mengoptimumkan operasi, dan mencapai pertumbuhan dalam ekonomi yang sentiasa berubah ini,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Sho...